Bacteria. Siapa boleh nyatakan dengan tepat berapa jumlah bacteria yang ada pada tapak tangan kiri kita? Atau mungkin berapa banyak bacteria yang ada pada jari kelinking kiri kita? 👀
Countless, kan?
Bahkan scientist, microbiologist, lecturer microbes pun hanya mampu memberi anggaran berapa banyak bacteria ada pada kita. Mungkin sepuluh kuasa dua, mungkin tiga, mungkin lebih dari sepuluh jenis bacteria? 💆🏻
Dan tahukah anda, bacteria ini lebih cerewet dari nenek anda? Eheh.
Contohnya Staphylococcus aureus, yang selalu menemani anda siang dan malam di kulit anda, dan kadang-kadang buat kerja gila sampai ruam dan gatal-gatal tengkuk dan kaki, memerlukan suhu 37 darjah celcius untuk hidup aman dan tumbesaran sempurna.
Clostridium prefringens pula memerlukan suhu optimum 43-47 untuk jadi gemuk-gemuk dan sihat walafiat belaka.
Lebih complicated, Listeria monocytogenes yang boleh buat anda CeBe keracunan makanan, memerlukan suhu optimum 37 darjah celcius untuk hidup sehat dan ceria, tetapi memerlukan suhu 20 hingga 25 darjah celcius untuk ‘menumbuh’kan ekor dan berenang gembira sana sini. Ahh kau nak apa sebenarnya Listeria??😩
Itu baru tiga bacteria. God knows berbillion bacteria yang ada. Yang punya pe’el dan karenah berbeza. Yang nak suhu itu ini, untuk tu ini. Yang perlukan nutrient ini tapi allergic pada nutrient ini. Yang perlukan kelembapan begitu begini, pH itu ini, waduhhhh!
Nak buat nota microbiology pun rasa nak flip table dan koyak kertas.
Lol no I need to pass 😛
Hah, nak ceritanya bacteria sahaja susah nak jaga. Apatah lagi manusia!
Dan yang tersangat wow-tak-terkata apabila bila duduk termenung lenguh menulis nota, kita tersedar yang menciptakan dan mengatur semuanya adalah Allah Yang Esa!
Pergh mindblown.
Kita nak faham perangai dua tiga orang kawan pun boleh rabak botak kepala. Sorang suka sambal, sorang allergic telur, sorang suka sirap sorang tak suka aircond, sorang kepala batu, sorang kepala hangen, hantu durian hantu eskrem. Perghh beruban teman!
Tapi betapa Maha Menguasai dan haibad nya Allah, Dia bukan saja mampu mengatur dan mengawal kita dan kawan kita, tapi Dia juga mengawal Staphy, Listeria, Yesinia, Clostridium semua dengan pe’el berbeza.
Pergh double mindblown.
Aturan Allah bukan sekadar mencukupkan makan minum hidupan, tapi Dia lah yang mengaturkan kita masuk tadika mana, sekolah agama apa, khatam Quran darjah berapa, PMR dapat berapa, lepas SPM masok degree atau diploma, SEMUA, adalah aturanNya.
![A014](http://www.surah.my/assets/s067/a014-abd4ffd5e1a568e068179a8ab5db50a4.png)
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! | Al Mulk: 14
Hanya Singer yang mengenali dan faham selok belok mesin basuhnya. Hanya Toyota yang mengenali dan faham selok belok Viosnya. Hanya Faber-castle yang tahu dakwat pennya tahan berapa lama.
Ini bukan kes jauhari yang mengenal manikam, ini Sang Pencipta yang mengenal ciptaanNya.
Jadi jangan kelam kabut atau susah hati, bila plan cinta kita tak jadi. Eh maksud saya, plan hidup kita tak jadi. Takkan lah Allah yang mengasuh sekecik cerewet Listeria itu nak mensia-siakan hidup kita, kita yang sentiasa berbuat mengikut kehendakNya.
Ouh ya, provided kita buat segalanya ikut neracaNya, bukan kepala batu kita. Kalau tidak, haa boleh la mulakan langkah patah balik dan kembali padaNya.
And did I mentioned, rahmat dan keampunanNya lebih banyak dari kasih sayang gabungan semua ibu sedunia? Hanya satu dari rahmat Allah diturunkan di dunia, dan kita lihat mak kita bertarung nyawa melahirkan 7 adik beradik kita, haa boleh bayang kasih sayang Si Pengurnia Kasih Sayang?
Have faith in Him. Jangan sekadar percaya, tetapi beriman lah dengan KebijaksanaanNya mengatur hidup kita. Lakukan saja usaha terbaik dalam redhaNya, nescaya tiada yg bakal tersia.
No comments:
Post a Comment