Teringat kelas Kimia Cikgu Siti.
Enzyme. Catalyst. Transition State Theory. Activation Energy. Cukup mengimbau.
Masih ingat diagram ini?
Untuk sesuatu reactant menjadi product, ia perlu melalui transition state. Yang menjadi masalahnya, transition state ini memerlukan kuasa aktivasi (read: activation energy) yang lebih tinggi dari energi yang ada pada reactant.
Dan, to make it harder, terlebih sering reactant ini seakan malas berganjak dari zon selesa dan rendah-energi, untuk melalui transition state, dan sampai ke product. Dan, kerana itu juga, Yang Maha Bijaksana menciptakan enzyme untuk merendahkan activation energy, supaya lebih 'ramai' reactant yang 'mampu' mencapai transition state. Hence, product is formed, at a faster rate.
Begitulah kita, manusia.
Perjalanan kita dan syurga itu bukan lah semudah memasak sup cendawan segera. Kita perlu mengumpulkan 'tenaga' dan segala usaha, melalui transition state, sebelum boleh sampai ke syurga. Transition state yang dipenuhi tribulasi dan ujian, yang bukan sahaja memerlukan kita solat lima waktu sahaja, tidak cukup sekadar puasa dia Ramadhan sahaja, tidak cukup sekadar buka alQuran bila nak exam sahaja, bahkan tidak cukup hanya pakai tudung tapi baju nampak siku.
Apakah kita tahu Tuhan menuntut dua perkara dari kita sepanjang keberadaan kita di bumiNya?
Apakah kita sedar yang masa sihat, lapang dan muda harus digunakan sebaiknya memahami Deen-nya dan bersungguh memastikan Allah redha, sebelum tiba waktu alzheimer dan osteoporosis menahan diri?
Kerana susah dan payah ini Dia kurniakan catalyst, bukan satu, malah tak terkira banyaknya untuk 'menolak' kita, menjadi bekal untuk melalui jalan yang tidaklah semudah yang kita sangka. Motivasi-motivasi betapa best dan teramat bestnya syurga yang kalau nak istana 14 tingkat bersalut emas pun Dia boleh bagi! Motivasi- sesiapa yang bersungguh mencari redhaNya, akan diberi cahaya petunjuk dan dimudahkan perjalananNya. Motivasi- sesiapa yang turut memahamkan insan lain di sekelilingnya akan diberi ganjaran unta merah, yang nilainya lebih tinggi dari Ferrari merah di dunia, (Bayangkan, naik ferreri dalam syurga!)
Dan catalyst- Mak, Ayah, Member sebilik, teman se-halaqah, geng bedah buku - yang kefahaman mereka tentang pentingnya hidup yang singkat ini- perlu allign dengan kehendakNya. Dan mungkin mereka ini juga, antara catalyst penting dalam hidup kita.
Dan above all, catalyst Yang Maha Catalyst, Dia, Rabb, Ilah dan Malik kita. Kerinduan bertemu dengan Zat yang telah mengatur perjalanan hidup kita, bertemu yang tak putus-henti menyelamatkan kita yang selalu ter-deviate dari jalan lurus menujuNya.
Jadi, jangan malas lagi! Bak kata Maududi, yang haus itu yang harus bangun dan mencari air membasahkan tekak yang kering. Yang jahil dan kurang itu yang harus mengangkat bont*t yang berat, dan mula bersungguh memastikan hidup selari dengan apa yang Allah suka.
Yosh! Grab your catalyst, bismillah, and GO!
No comments:
Post a Comment