Thursday, 7 January 2016

Catalyst Aku!

Tiba-tiba memori sekolah singgah dalam kekusutan kepala menghadapi peperiksaan akhir. 

Teringat kelas Kimia Cikgu Siti. 

Enzyme. Catalyst. Transition State Theory. Activation Energy. Cukup mengimbau.


Masih ingat diagram ini? 

Untuk sesuatu reactant menjadi product, ia perlu melalui transition state. Yang menjadi masalahnya, transition state ini memerlukan kuasa aktivasi (read: activation energy) yang lebih tinggi dari energi yang ada pada reactant. 

Dan, to make it harder, terlebih sering reactant ini seakan malas berganjak dari zon selesa dan rendah-energi, untuk melalui transition state, dan sampai ke product. Dan, kerana itu juga, Yang Maha Bijaksana menciptakan enzyme untuk merendahkan activation energy, supaya lebih 'ramai' reactant yang 'mampu' mencapai transition state. Hence, product is formed, at a faster rate

Begitulah kita, manusia. 

Perjalanan kita dan syurga itu bukan lah semudah memasak sup cendawan segera. Kita perlu mengumpulkan 'tenaga' dan segala usaha, melalui transition state, sebelum boleh sampai ke syurga. Transition state yang dipenuhi tribulasi dan ujian, yang bukan sahaja memerlukan kita solat lima waktu sahaja, tidak cukup sekadar puasa dia Ramadhan sahaja, tidak cukup sekadar buka alQuran bila nak exam sahaja, bahkan tidak cukup hanya pakai tudung tapi baju nampak siku.

Apakah kita tahu Tuhan menuntut dua perkara dari kita sepanjang keberadaan kita di bumiNya? 
Apakah kita sedar yang masa sihat, lapang dan muda harus digunakan sebaiknya memahami Deen-nya dan bersungguh memastikan Allah redha, sebelum tiba waktu alzheimer dan osteoporosis menahan diri?

Kerana susah dan payah ini Dia kurniakan catalyst, bukan satu, malah tak terkira banyaknya untuk 'menolak' kita, menjadi bekal untuk melalui jalan yang tidaklah semudah yang kita sangka. Motivasi-motivasi betapa best dan teramat bestnya syurga yang kalau nak istana 14 tingkat bersalut emas pun Dia boleh bagi! Motivasi- sesiapa yang bersungguh mencari redhaNya, akan diberi cahaya petunjuk dan dimudahkan perjalananNya. Motivasi- sesiapa yang turut memahamkan insan lain di sekelilingnya akan diberi ganjaran unta merah, yang nilainya lebih tinggi dari Ferrari merah di dunia, (Bayangkan, naik ferreri dalam syurga!)

Dan catalyst- Mak, Ayah, Member sebilik, teman se-halaqah, geng bedah buku - yang kefahaman mereka tentang pentingnya hidup yang singkat ini- perlu allign dengan kehendakNya. Dan mungkin mereka ini juga, antara catalyst penting dalam hidup kita.

Dan above all, catalyst Yang Maha Catalyst, Dia, Rabb, Ilah dan Malik kita. Kerinduan bertemu dengan Zat yang telah mengatur perjalanan hidup kita, bertemu yang tak putus-henti menyelamatkan kita yang selalu ter-deviate dari jalan lurus menujuNya. 

Jadi, jangan malas lagi! Bak kata Maududi, yang haus itu yang harus bangun dan mencari air membasahkan tekak yang kering. Yang jahil dan kurang itu yang harus mengangkat bont*t yang berat, dan mula bersungguh memastikan hidup selari dengan apa yang Allah suka.


Yosh! Grab your catalyst, bismillah, and GO!



Wednesday, 6 January 2016

Aiman, Ammar dan Matang

"Mar, ajar aku jadi matang."

Ammar mengangkat muka, terhenti bacaan mathurat petangnya. Lama Ammar tenung mata Aiman. Ammar tampak tenang tapi Tuhan sahaja tahu pusing kepalanya mencari jawapan soalan itu.

"Mar kau dengar tak. Tenung-tenung pulak geli ah!" Aiman menolak bahu Ammar. Tak sabar.

"Soalan bukan main complicated lagi tinggi dari KBAT. Dah kenapa pelik sangat soalan ni. Buang tebiat?" Ammar mengurut-ngurut bahu yang tidak sakit.

"Semalam kan birthday adik aku. Aku pun stalk la insta dia. Ramai orang wish "Happy Birthday, semoga makin matang!" Haa pastu pakat dok kopipes."

"Aku pun heghan (read: hairan) matang ni macam mana. Adik aku tuh ketua pengawaih sekolah kot. Matang daripada abang dia ni." Aiman menerangkan, sampai lupa nak cover loghat Kedah. 

Ammar senyum. "Hang rasa matang tuh macam mana?" Following the Kedah flow.

"Ishh ni aku malaih ni. Aku tanya hang tanya balik. Macam Abang Bob, asyik-asyik macam tuh. Kalau aku taw aku tak tanya laa." Aiman meninggikan suara. Baran mcam mendarah daging dalam diri Aiman. Itulah antara perkara yang dia masih struggle untuk ubah dengan tarbiyah.

"Hahahahah hang ni istighfar sikit. Setan banyak tuh dok kat hang." Ammar menggosok belakang Aiman. Geli hati dengan baran bfftj-nya. 

"Ingat tak pengisian Abang Pian minggu lepas?" 

"Muqaddimah Fi Zilal? Aku tak ingat sangat la waktu tuh sebok mengunyah kerepek Bika." Aiman senyum kambing.

"Haah. Cuba kau selak-selak balik dalam cerebellum ke cerebrum ke, takpun terselit celah pituitary gland ke." Ammar dan lawak saintifik yang tak lawak langsung.

"Hang ceghita ja lah." 

"Ni tengok ni." Ammar menunjukkan halaman pertama. 

Muqaddimmah Fi Zilal - Sayid Qutb

"Kalau matlamat kau dunia. Cita-cita hidup kau tuh terbatas pada dunia. Minat, kecenderungan, kegemaran kau tuh manfaatnya hanya pada dunia. Kau tak matang. Kanak-kanak sangat pemikiran."

"Terbatas. Limited. Tak berpandangan jauh. Macam budak 8 tahun yang fikir esok nak bawak nugget waktu rehat. Nak fikir pasal Peperiksaan Hujung Tahun pun tak mampu, Mama yang tolong fikirkan."

"Kalau kau aim nak belajar, kerja jadi accountant, gaji besar, bawak mak ayah pergi umrah, beli rumah dua tiga buah, kereta empat lima buah hidup senang sampai pencen pun boleh duduk depan tv goyang kaki. Itu kanak-kanak."

"Sebab pandangan macam tuh terbatas. Terbatas pada dunia sahaja. Usaha 80% untuk kejayaan dunia, lagi 20% untuk akhirat. Itu pun 20% yang masa-masa lapang yang jarang ada, atau bila rasa stress dengan kerja, baru bukak Yasin. Pastu consider itu usaha untuk akhirat. Sedangkan hidup kat dunia paling lama more or less 70 tahun. Hidup kat akhirat beribu ganda lamanya. Se-lama-lamanya."

Aiman diam. Terus terngiang suara Abang Pian.


"Hidup kalau sekadar hidup tupai di pokok pun hidup. Kita kena berpandangan jauh. Merentas dunia, melihat akhirat. Merancang bagaimana mengusahakan ladang di dunia untuk tuai hasil di akhirat. Bukannya berbangga-bangga dengan ladang dunia sedangkan belum sempat akhirat hasil dah di makan ulat. Ulat jahiliah dan maksiat."

"Agaknya sebab itulah kawan-kawan adik kau dok bagi comment tarbawi kat dia, suruh 'matang' sikit. Kahkahkah!" Ammar baring di sisi Aiman. 

Aiman pun bersandar. Jauh dilempar pemikiran. Sejauhnya. Target biar mahu sampai syurga. Biar kelak jadi accountant, yang punya manfaat untuk ummah, bukan sekadar berhabis gaji dan bonus membeli ferrari merah. Yang nak dikejar, unta merah.


Sebab kalau jadi pakar bedah mata nombor satu, tapi Quran last baca waktu Tingkatan Satu, itu sangat kanak-kanak. Dan tidak matang, tahu?

Sunday, 3 January 2016

Beza yang Sama


"Jumpa lagi, insha Allah."

"Datang la lepak-lepak sini, boleh kita sembang panjang lagi."


"Jazakillahukhair, saya rasa lebih semangat sekarang!"


...


Usai pengisian dan bengkel, semua pun beransur pulang. Dari Johor, Perak, merata.

Nana bersila di samping Min, memerhati gelagat mereka yang baru dikenali, tapi ber-cipika-cipiki macam dah bertahun mengenali.

"Pelik kan?", Min menyinggung siku Nana. Nana berkerut dan mengangkat kening. Body language menggantikan soalan - apa yang pelik?


"Fizah tuh student medic. Kak Athirah, Kak Kin dengan Kak Lin tuh cikgu sekolah. Budak-budak kolej Mara tuh macam-macam background course. Fatin tuh lagi la, artififi... intelligence amenda ntah.."


"Hahahaha engkau nih! Computer science and artificial intelligence." Nana membetulkan. Terkekek-kekek dia ketawa menampar-nampar paha Min. Nana kalau ketawa memang pakej sekali dengan tampar-menampar, boleh merah kulit mangsa.


"Ye, ye, aku nak cakap itulah." Min mencebik. Tak ikut ketawa. Annoyed dengan Nana.


"Okay minta maaf Cik Min. Jadi, apa yang pelik sangat tuh?" Nana menongkat dagu menghadap Min yang dah jeling tajam dari awal dia bahan Min.


"Pelik lah. Semua course lain-lain. Siap ada cikgu, haa, Kak Qilah tuh, lecturer kot. Farah dengan Nurul tuh dah start business cupcake lepas grad. Tapi diorang semua boleh datang dan duduk sekali dengan pengisian. Aku siap dengar cerita, usrahmate diorang ni lain-lain background study, lain-lain kerja."


Nana bangun dan ubah posisi duduk. Tidak lagi menongkat dagu. Tapi scroll Gallery telefon pintarnya.

Min tak puas hati. "Eh, kau ni. Aku bukan cakap dengan carpet."

"Ni, kau tengok gambar ni." Nana menghulur telefon pintarnya kepada Min, sengih besar.






"Kau ingat kelas Dr Ting?"

Min menggeleng. "Dah lah final tak lama lagi!" getus hatinya. Cuak.

"Haa meh nak terangkan. Ni gambar salivary gland kita. Cuba kau tengok, salivary gland kita ni bukan ada satu jenis cell saja. Ada acinus cell, ada cell untuk striated ducts, lobar ducts, intercalated ducts. Haa ingat?"

Min diam. Masih cuba mencari-cari lecture ini di dalam kepala.

"Ke semua cells yang membentuk salivary glands ini punya peranan yang berbeza. Acinus secretes mucous, enzymes, electrolytes. Intercalated ducts reabsorb sodium and chloride. Striated ducts secretes potassium and bicarbonate. Fungsi mereka pada asasnya mungkin berbeza, tapi, semuanya membentuk salivary gland. Salivary gland yang fungsi terbesarnya memudahkan kita nak telan nasi goreng tadi, breakdown carbohydrates  yang ada dalam roti gardenia breakfast tadi... dan sebagainya. Nanti kau tengoklah lecture 2 tak silap aku."

Hampir-hampir saja Min menitiskan air liurnya. "Parah ni tak ingat langsung!"

"Point aku kat sini, we might differ from each other. Tapi tujuan besar kita sama. Matlamat besar kita sama. Kau doktor ke, kau cikgu pendidikan jasmani ke, kau final year Biotech ke, kau first year TEOSL ke, kita manusia, justeru matlamat kita sama."

"Dan kalau lah striated duct terlalu fokus pada fungsi asasnya, dan terlupa matlamat besarnya, cuba kau bayang betapa banyak potassium kita boleh hilang? Hypokalaemia nanti! Haaa. Dan betapa alkali nya air liur nanti."

"Tapi tak. Striated duct yang Allah sangat jelas dengan matlamat hidupnya, tak tertumpu hanya pada secreting potassium sahaja, malah striated ducts sedar, hidupnya bukan untuk bertanding dengan cell lain siapa yang terbanyak dan terbaik sekali dalam mengeluarkan potassium!"

Nana reached her peak enthusiasm. 

"Cell-cell ini sedar fungsi asas mereka untuk menghasilkan saliva yang sempurna. Yang sodium-chloride-potassium-bicarbonate nya secukup rasa. Tak semanis kurma."

"Macam ni lah hidup kita Min. Kau budak Maths ke, dia ustazah kafa ke, akak tuh jual buah jambu dengan sate ikan ke, kita ada matlamat yang besar yang sama. Kalau semua orang pilih untuk hanya fokus pada 'fungsi asas' nya sahaja, nanti saat Tuhan ambil nyawa kita nak tunjuk apa pada Tuhan? Result sem satu? Berapa ketul A waktu SPM? Sijil Pekerja Inovatif 2015? Berapa banyak jam kita berjaga ward round? 
Kerja-kerja yang Tuhan suruh ada kita buat?"

Min menyandar ke dinding. Tepu rasanya. 

--

Kita berbeza. Berbeza pada warna. Pada dialek dan bahasa. Pada sukan yang kita suka. Pada course dan kerja. Pada banyak benda, kita berbeza. Dan kita punya peranan yang juga tak sama, pelajar, graduan, guru, tukang cuci gambar, akak jual kerepek, tapi matlamat besar kita sama. Menjadi abid dan khalifah, mengikut hendakNya.

--

Jadi, adakah kita mahu jadi lebihan dunia sebab tidak melakukan apa yang dikehendaki Yang Maha Esa?






Saturday, 2 January 2016

Langkah Bermula!


Malam itu, sebelum nafas kembali tenang setelah lelah mengharung siang,

sebelum kelopak mata menutupi pandangan,

sebelum cortisol level jatuh dan jatuh sehingga mimpi mula menjengah,
...

Ada satu suara seolah membisikkan,
"Semoga untung di sana."

Di sana, seagung cinta dan sebenar tujuan.

"Bismillah, jalan!"