"Jumpa lagi, insha Allah."
"Datang la lepak-lepak sini, boleh kita sembang panjang lagi."
"Jazakillahukhair, saya rasa lebih semangat sekarang!"
...
Usai pengisian dan bengkel, semua pun beransur pulang. Dari Johor, Perak, merata.
Nana bersila di samping Min, memerhati gelagat mereka yang baru dikenali, tapi ber-cipika-cipiki macam dah bertahun mengenali.
"Pelik kan?", Min menyinggung siku Nana. Nana berkerut dan mengangkat kening. Body language menggantikan soalan - apa yang pelik?
"Fizah tuh student medic. Kak Athirah, Kak Kin dengan Kak Lin tuh cikgu sekolah. Budak-budak kolej Mara tuh macam-macam background course. Fatin tuh lagi la, artififi... intelligence amenda ntah.."
"Hahahaha engkau nih! Computer science and artificial intelligence." Nana membetulkan. Terkekek-kekek dia ketawa menampar-nampar paha Min. Nana kalau ketawa memang pakej sekali dengan tampar-menampar, boleh merah kulit mangsa.
"Ye, ye, aku nak cakap itulah." Min mencebik. Tak ikut ketawa. Annoyed dengan Nana.
"Okay minta maaf Cik Min. Jadi, apa yang pelik sangat tuh?" Nana menongkat dagu menghadap Min yang dah jeling tajam dari awal dia bahan Min.
"Pelik lah. Semua course lain-lain. Siap ada cikgu, haa, Kak Qilah tuh, lecturer kot. Farah dengan Nurul tuh dah start business cupcake lepas grad. Tapi diorang semua boleh datang dan duduk sekali dengan pengisian. Aku siap dengar cerita, usrahmate diorang ni lain-lain background study, lain-lain kerja."
Nana bangun dan ubah posisi duduk. Tidak lagi menongkat dagu. Tapi scroll Gallery telefon pintarnya.
Min tak puas hati. "Eh, kau ni. Aku bukan cakap dengan carpet."
"Ni, kau tengok gambar ni." Nana menghulur telefon pintarnya kepada Min, sengih besar.
"Kau ingat kelas Dr Ting?"
Min menggeleng. "Dah lah final tak lama lagi!" getus hatinya. Cuak.
"Haa meh nak terangkan. Ni gambar salivary gland kita. Cuba kau tengok, salivary gland kita ni bukan ada satu jenis cell saja. Ada acinus cell, ada cell untuk striated ducts, lobar ducts, intercalated ducts. Haa ingat?"
Min diam. Masih cuba mencari-cari lecture ini di dalam kepala.
"Ke semua cells yang membentuk salivary glands ini punya peranan yang berbeza. Acinus secretes mucous, enzymes, electrolytes. Intercalated ducts reabsorb sodium and chloride. Striated ducts secretes potassium and bicarbonate. Fungsi mereka pada asasnya mungkin berbeza, tapi, semuanya membentuk salivary gland. Salivary gland yang fungsi terbesarnya memudahkan kita nak telan nasi goreng tadi, breakdown carbohydrates yang ada dalam roti gardenia breakfast tadi... dan sebagainya. Nanti kau tengoklah lecture 2 tak silap aku."
Hampir-hampir saja Min menitiskan air liurnya. "Parah ni tak ingat langsung!"
"Point aku kat sini, we might differ from each other. Tapi tujuan besar kita sama. Matlamat besar kita sama. Kau doktor ke, kau cikgu pendidikan jasmani ke, kau final year Biotech ke, kau first year TEOSL ke, kita manusia, justeru matlamat kita sama."
"Dan kalau lah striated duct terlalu fokus pada fungsi asasnya, dan terlupa matlamat besarnya, cuba kau bayang betapa banyak potassium kita boleh hilang? Hypokalaemia nanti! Haaa. Dan betapa alkali nya air liur nanti."
"Tapi tak. Striated duct yang Allah sangat jelas dengan matlamat hidupnya, tak tertumpu hanya pada secreting potassium sahaja, malah striated ducts sedar, hidupnya bukan untuk bertanding dengan cell lain siapa yang terbanyak dan terbaik sekali dalam mengeluarkan potassium!"
Nana reached her peak enthusiasm.
"Cell-cell ini sedar fungsi asas mereka untuk menghasilkan saliva yang sempurna. Yang sodium-chloride-potassium-bicarbonate nya secukup rasa. Tak semanis kurma."
"Macam ni lah hidup kita Min. Kau budak Maths ke, dia ustazah kafa ke, akak tuh jual buah jambu dengan sate ikan ke, kita ada matlamat yang besar yang sama. Kalau semua orang pilih untuk hanya fokus pada 'fungsi asas' nya sahaja, nanti saat Tuhan ambil nyawa kita nak tunjuk apa pada Tuhan? Result sem satu? Berapa ketul A waktu SPM? Sijil Pekerja Inovatif 2015? Berapa banyak jam kita berjaga ward round?
Kerja-kerja yang Tuhan suruh ada kita buat?"
Min menyandar ke dinding. Tepu rasanya.
--
Kita berbeza. Berbeza pada warna. Pada dialek dan bahasa. Pada sukan yang kita suka. Pada course dan kerja. Pada banyak benda, kita berbeza. Dan kita punya peranan yang juga tak sama, pelajar, graduan, guru, tukang cuci gambar, akak jual kerepek, tapi matlamat besar kita sama. Menjadi abid dan khalifah, mengikut hendakNya.
--
Jadi, adakah kita mahu jadi lebihan dunia sebab tidak melakukan apa yang dikehendaki Yang Maha Esa?
No comments:
Post a Comment