Wednesday, 6 January 2016

Aiman, Ammar dan Matang

"Mar, ajar aku jadi matang."

Ammar mengangkat muka, terhenti bacaan mathurat petangnya. Lama Ammar tenung mata Aiman. Ammar tampak tenang tapi Tuhan sahaja tahu pusing kepalanya mencari jawapan soalan itu.

"Mar kau dengar tak. Tenung-tenung pulak geli ah!" Aiman menolak bahu Ammar. Tak sabar.

"Soalan bukan main complicated lagi tinggi dari KBAT. Dah kenapa pelik sangat soalan ni. Buang tebiat?" Ammar mengurut-ngurut bahu yang tidak sakit.

"Semalam kan birthday adik aku. Aku pun stalk la insta dia. Ramai orang wish "Happy Birthday, semoga makin matang!" Haa pastu pakat dok kopipes."

"Aku pun heghan (read: hairan) matang ni macam mana. Adik aku tuh ketua pengawaih sekolah kot. Matang daripada abang dia ni." Aiman menerangkan, sampai lupa nak cover loghat Kedah. 

Ammar senyum. "Hang rasa matang tuh macam mana?" Following the Kedah flow.

"Ishh ni aku malaih ni. Aku tanya hang tanya balik. Macam Abang Bob, asyik-asyik macam tuh. Kalau aku taw aku tak tanya laa." Aiman meninggikan suara. Baran mcam mendarah daging dalam diri Aiman. Itulah antara perkara yang dia masih struggle untuk ubah dengan tarbiyah.

"Hahahahah hang ni istighfar sikit. Setan banyak tuh dok kat hang." Ammar menggosok belakang Aiman. Geli hati dengan baran bfftj-nya. 

"Ingat tak pengisian Abang Pian minggu lepas?" 

"Muqaddimah Fi Zilal? Aku tak ingat sangat la waktu tuh sebok mengunyah kerepek Bika." Aiman senyum kambing.

"Haah. Cuba kau selak-selak balik dalam cerebellum ke cerebrum ke, takpun terselit celah pituitary gland ke." Ammar dan lawak saintifik yang tak lawak langsung.

"Hang ceghita ja lah." 

"Ni tengok ni." Ammar menunjukkan halaman pertama. 

Muqaddimmah Fi Zilal - Sayid Qutb

"Kalau matlamat kau dunia. Cita-cita hidup kau tuh terbatas pada dunia. Minat, kecenderungan, kegemaran kau tuh manfaatnya hanya pada dunia. Kau tak matang. Kanak-kanak sangat pemikiran."

"Terbatas. Limited. Tak berpandangan jauh. Macam budak 8 tahun yang fikir esok nak bawak nugget waktu rehat. Nak fikir pasal Peperiksaan Hujung Tahun pun tak mampu, Mama yang tolong fikirkan."

"Kalau kau aim nak belajar, kerja jadi accountant, gaji besar, bawak mak ayah pergi umrah, beli rumah dua tiga buah, kereta empat lima buah hidup senang sampai pencen pun boleh duduk depan tv goyang kaki. Itu kanak-kanak."

"Sebab pandangan macam tuh terbatas. Terbatas pada dunia sahaja. Usaha 80% untuk kejayaan dunia, lagi 20% untuk akhirat. Itu pun 20% yang masa-masa lapang yang jarang ada, atau bila rasa stress dengan kerja, baru bukak Yasin. Pastu consider itu usaha untuk akhirat. Sedangkan hidup kat dunia paling lama more or less 70 tahun. Hidup kat akhirat beribu ganda lamanya. Se-lama-lamanya."

Aiman diam. Terus terngiang suara Abang Pian.


"Hidup kalau sekadar hidup tupai di pokok pun hidup. Kita kena berpandangan jauh. Merentas dunia, melihat akhirat. Merancang bagaimana mengusahakan ladang di dunia untuk tuai hasil di akhirat. Bukannya berbangga-bangga dengan ladang dunia sedangkan belum sempat akhirat hasil dah di makan ulat. Ulat jahiliah dan maksiat."

"Agaknya sebab itulah kawan-kawan adik kau dok bagi comment tarbawi kat dia, suruh 'matang' sikit. Kahkahkah!" Ammar baring di sisi Aiman. 

Aiman pun bersandar. Jauh dilempar pemikiran. Sejauhnya. Target biar mahu sampai syurga. Biar kelak jadi accountant, yang punya manfaat untuk ummah, bukan sekadar berhabis gaji dan bonus membeli ferrari merah. Yang nak dikejar, unta merah.


Sebab kalau jadi pakar bedah mata nombor satu, tapi Quran last baca waktu Tingkatan Satu, itu sangat kanak-kanak. Dan tidak matang, tahu?

No comments:

Post a Comment