Kalau hidup tak peduli orang, baik kau buat rumah dalam hutan.
**
Tadabbur blood-brain barrier.
Otak. Organ yang punya status tinggi pada manusia. Bahkan seringkali nila manusia itu diletakkan pada ‘kegeligaan’ dan keberfungsian’ otaknya.
Dan tidak dapat dinafikan otak sememangnya penting dan istimewa. Sebab itu ota diciptakan lengkap dengan ‘bodyguard’, iaitu blood-brain barrier (atau nama manjanya BBB) yang melindungi otak. Seandainya badan kita dijangkiti kuman atau virus, otak punya kubu pertahanan yang terkuat berbanding organ lain. Jika tahap gula darah kita jatuh ke paras bahaya, otak masih mampu bertahan dengan keadaan normal, tidak terkesan dengan perubahan atau kacau bilau di luar BBB.
Pendek cerita, BBB seoalah memberikan ‘biah’ terbaik untuk otak, despite the chaos and noxious situation within other parts of the body.
Tapi,
Dalam masa yang sama, otak punya 4 region yang tidak dilindungi BBB. 3 dari region terdedah ini berfungsi untu menghasilkan, atau secrete hormones or substances ke dalam salur darah kita. Dan yang tinggal satu ini yang sangat istimewa.
Area postrema.
Bahagian ini berfungsi mengesan kehadiran ‘intruders’ atau toxic dalam mana-mana bahagian badan yang lain, lalu menghantar arahan agar ‘serang balas’ dilancarkan. Contohnya, ada cicak dalam nasi lemak pagi tadi yang mengangkut seribu macam bacteria bersama, lalu anda makan sampai habis, tiada yang tersia. Lalu area postrema ini mengesan kehadiran batalion-batalion bacteria ini dan menghantar arahan ‘serang balas’ kepada perut anda yang menyebabkan, anda CeBe dan muntah.
Begitulah daie. Daie itu terpelihara dari jahiliah. Daie itu sentiasa cuba memastikan diri dan biahnya tidak dicemari perkara yang mendatangkan murkanya. Daie punya iman sekental BBB yang tidak membenarkan jahiliah melekat pada dirinya. tapi jiwa itu sensitif. se-sensitif Area Postrema. Seorang yg menggalas tanggungjawab daie itu sangat sensitif kepada jahiliah yang menyerang umat sekitarnya, dan daie itu tidak tinggal diam sahaja. Sepenuh usaha dan tenaga harus dikerahkan untuk membuat serang balas dan melindungi umat dari jahiliah.
Sebab khairun ummah itu bukan pada yang duduk di masjid dan tikar sejadah sahaja, tetapi yang jiwanya hidup dengan kekuatan iman dan bersama ummah memerangi jahiliah yang menundukkan manusia pada manusia, walhal pengabdian itu seharusnya hanya pada Yang Maha Esa.
Daie itu sensitif dan peka, persis area postrema.